AMALAN – AMALAN UNTUK MENDAPATKAN LAILATUL QADAR
‘Qiamullail’ atau ‘memakmur dan menghidupkan malam dengan ibadat’ adalah suatu malam yang dimana malam ini adalah merupakan malam yang memiliki keutamaan dan keistimewaan yang luar biasa, yaitu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan atau bisa juga dikatakan sebagai malam yang penuh kemuliaan.
Tanda Turunya Malam Lailatul Qadar
Amalan Rasulullah SAW di Malam Lailatul Qadar
1. Mandi, berpakaian cantik dan berwangi-wangian.
2. Beriktikaf iaitu mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
3. Mengejutkan keluarga agar bangun beribadah.
4. Uzlah (tidak mendekati) isteri.
5. Memperbanyakkan amal ibadat dan berqiamulail di masjid atau surau.
6. Menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji hadith, tafsir dan sirah nabi.
7. Memperbanyakkan bertasbih, tahmid, takbir, istighfar dan bersalawat.
8. Membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah.
9. Bersolat Tarawih, Witir, Tahajud, Taubat dan solat Hajat.
10. Bertaubat daripada segala kesalahan dan dosa selama ini.
11. Berdoa ke hadrat Ilahi. Baginda SAW sering membaca doa: “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”
Berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.
Doa Rasulullah Sebelum Qiamullail |
Doa Lailatul Qadar |
Amalan di Malam Lailatul Qadar
1. Mengambil wudu dan mendirikan Sholat Sunah .
2. Membaca surah Ali Imran; ayat 190 –200.
3. Solat Sunat Tahajjud – bagi memantapkan iman dan akidah tauhid.
4. Solat Sunat Hajat dan berdoa kepada Allah mohon dipertemukan dengan Lailatul Qadar.
5. Membaca Al-Quran.
6. Beristighfar dan berzikir
** Solat Sunah Taubat – Mohon keampunan.
** Solat Sunah Tasbih – Mengagungkan Yang Maha Esa.
** Solat Sunah Lailatul Qadar – Tanda Syukur dapat meraih Malam Berkat.
** Solat Sunah Witir. – Solat Penutup
Amalan Orang Uzur (Malam 21-30)
1. Kepada orang tua dan lemah, untuk mendapatkan berkah di malam laliatul qadar diantaranya dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjamaah.
2. Solat berjamaah sangat diutamakan pada malam akhir Ramadhan. Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.”
** Ayat akhir surah Al Baqarah
** Ayat Kursi
** Surah Yaasin
** Surah Al Zalazah
** Surah Al Qafirun
** Surah Al Ikhlaas
** Bangunkan isteri dan anak
** Mandi, bersuci dan berwuduk
** Solat malam – Tahajjud,Taubat,Tasbih,Hajat,Istikharah
** Baca Al Quran.
Marilah di 10 malam terakhir bulan ramadhan ini kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita sexara ikhlas dan penuh harap agar kita mendapatkan kebaikan di malam lailatul qadar , yang kita tahu pahalanya melebihi 1000 bulan atau setara dengan beribadah selama 83 tahun
Walahu alam